06 April 2012

07 January 2012

Terkenang Al-Marhum Ustaz Qomaruddin

gambar hiasan

Ustazku yg mulia,Al-Marhum Ustaz Qomaruddin berasal dari India.Kalau tidak silap dia berasal dari negeri Uttar Pradesh.Beliau sudah lama berhijrah ke Malaysia, sekitar akhir 70-an atau awal 80-an.Pada masa tu,amat sukar hendak bertemu dengan orang-orang yg menghafal Al-Quran di Malaysia.Sebelum beliau mengajar di Madrasatul Quran,Kuala Terengganu,beliau berniaga secara kecil-kecilan.Akhirnya penduduk tempatan mengetahui bahawa beliau seorang hafiz AL-Quran,lalu ditawarkan mengajar di situ.


23 May 2011

Kesilapan Yang Silap


Setiap insan melakukan kesilapan .Menjadi kewajipan kepada orang yang melihat kesilapan itu untuk membetulkan kesilapan tersebut .Jika tidak,dia juga melakukan kesilapan.Kesilapan kerana tidak membetulkan kesilapan orang yang telah tersilap .

Mungkin kerana kesilapan orang kedua tadi ,orang pertama tidak sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan .Kesilapan orang kedua juga perlu ditegur .Jika tidak kesilapan demi kesilapan akan membiak ,sehingga dunia ini akan dipenuhi dengan kesilapan.

Kesilapan telah menjadi perkara biasa antara kita .Media ,terutamanya akhbar,sering dan hampir menjadi kewajipan menyiarkan berita-berita kesilapan .Kesilapan orang itu,kesilapan orang ini .Begitu ,begini walau berbagaimanapun ianya tetap silap .Akhbar menjadi guru kepada masyarakat ,guru matapelajaran silap .

Lantaran masyarakat telah dijamu dengan cerita-cerita silap ,kesilapan telah menjadi satu budaya .Anak-anak kecil yang baru pandai mengeja dan membaca telah mengetahui istilah-istilah silap dari akhbar-akhbar silap yang dibeli oleh orang dewasa yang silap .Akhirnya anak-anak yang membesar dalam suasana silap ini akan melakukan kesilapan yang mereka tidak sedar bahawa ianya silap .

Sekolah yang wujud kini ,banyak melahirkan individu-individu silap.Disebabkan konsep pembelajaran yang silap dan wujudnya tenaga pengajar yang silap matlamatnya.Semenjak kecil lagi anak-anak telah dimomokkan dengan kejayaan yang silap .Mereka belajar untuk menghasilkan matlamat yang silap untuk hidup dalam dunia yang silap dan mengamalkan kesilapan dalam hidup seharian .

Para Nabi (salam keatas mereka) dihantar untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan silap .Untuk keluar dari kesilapan hakiki ,agar beroleh tempat yang tidak silap dikehidupan yang abadi .Menerangkan pada manusia bahawa setiap kesilapan membawa padah .Kerana kesilapan di dunia akan membawa manusia itu terus berada pada tempat yang silap diakhirat kelak.

Seribu tahun lalu ,Nabi Muhammad (salam keatasnya) melaksanakan tugas yang cukup besar .Membetulkan kesilapan masyarakat arab jahiliyyah dan seluruh manusia dan menyeru manusia untuk tidak membuat kesilapan.Oleh kerana Baginda (salam keatasnya) merupakan utusan yang terakhir .Tugas mengingatkan bahaya dan bahana kesilapan ini telah dipertanggungjawabkan pada ummah ini.

Apabila kita melihat kesilapan seseorang ,menjadi kesalahan apabila kita menudingkan satu jari pada beliau dan menudingkan tiga jari lagi pada diri sendiri .Tugas ini begitu mulia dan besar .Ketahuilah , sesungguhnya tempat yang sebenar-benarnya silap itu amat pedih azabnya. Dan tiadalah tempat yang menempatkan orang-orang yang tersilap melainkan neraka!!


15 May 2011

Selamat Hari Guru


Hari ini ,16 Mei, merupakan hari guru...Bangkit sahaja dari tidur,teringat guruku yg pertama,seorang yg bertarung dengan maut ketika 'menghantarku' ke dunia.Dia ialah ibuku...ketika lidahku tidak mampu bertutur,dia memahami tangisku...dia begitu memahami..hingga bahasa tangisku mampu ditafsirkan...memahami lampinku perlu ditukar...memahami perutku lapar...ucapanku tanpa bahasa..namun beliau melayani karenahku dengan muka yg gembira dan ceria...seringkali kucupan kasih sayangnya hinggap di pipi..

09 April 2011

Revolusi ?


Tahun 2011 menyaksikan kebangkitan rakyat menentang pemerintah yang zalim .Bermula dengan kejatuhan Zainul Abidin bin Ali di Tunisia ,api kemarahan  ini menjalar ke Mesir,Yaman,Bahrain,Algeria,Jordan ,Syria dan Libya .

"Pemimpin yang zalim wajib diturunkan !!" Itulah matlamat rakyat yang bangkit ini .Perjuangan kerana ditindas,sehingga  nyawa yang terkorban bukan sedikit! .Jari-jari rakyat menuding ke arah pemimpin ,"dia bersalah,dia patut dihukum !!".

Terdengar desas desus bahawa rakyat Mesir bangkit melalui  Facebook dan Twitter,sehingga kerajaan memotong bekalan eletrik dan internet .

Bagaimana mungkin Facebook misalnya, boleh menghimpunkan lautan manusia di medan tahrir ?? sedangkan untuk membuat penduduk kampung bersetuju dengan pendapat kita adalah satu perkara yang sukar dan payah.

Jawapannya ialah, rakyat merasakan mereka ditindas,ditipu oleh sang pemerintah dan konco-konconya.

Kezaliman memang perlu diperangi .Sehingga ajaran Islam menyatakan bahawa doa orang yang dizalimi akan diterima ,tidak ada hijab antara dia dan Allah .

28 March 2011

Free SMS Guna Oren

Tasjil No Anda

Ramai yang dah lama tahu ,mungkin ramai lagi yang tidak tahu bahawa Oren.jo menyediakan perkhidmatan SMS percuma .

Sebanyak 30 SMS akan dikurniakan setiap bulan .Sila layari link INI .
Pilih Yg nih
30 SMS Kullu Shahar
 Walhasilnya .........jangan bazirkan 1jd nus yang anda sumbangkan untuk setiap 5jd top up yg anda alirkan .Ingatlah orang tersayang ...ingatlah jua wang yang terbuang .........